-->
Hot!




Azmin kekal bersama PKR

Ditulis oleh: Aidila Razak | MalaysiaKini

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menjelaskan, beliau akan kekal bersama parti dan tidak akan mengkhianati kepercayaan yang diberikan pengundi sebagai wakil rakyat Gombak dan Bukit Antarabangsa untuk tempoh lima tahun lagi.

Katanya, semua pihak boleh terus bermimpi, tetapi beliau tidak sesekali mempunyai hasrat meletakkan jawatan sebagai orang nombor dua dalam parti yang mana Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penasihatnya itu.

Sementara itu, beliau juga menafikan spekulasi bahawa beliau mengintai kerusi menteri besar Selangor yang disandang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menyifatkan "fitnah" itu sebagai menghina integritinya, Azmin juga menyalahkan Umno dan BN yang didakwa memulakan khabar angin itu.

"Mereka telah bekerja bersungguh-sungguh untuk membina persepsi bahawa saya terlalu kemaruk untuk menjadi menteri besar Selangor dan saya akan menyertai Umno sekiranya saya tidak mendapat jawatan tersebut.

"Fitnah ini adalah satu penghinaan terhadap integriti saya. Cita-cita kepada jawatan politik bukanlah satu jenayah," katanya lagi.

[Baca berita penuh]

0 Comments:

Post a Comment

WARNING:
Ngiga Insur is not responsible for the comments raised through this social networking site. It is the personal opinion of the owners of the account and do not necessarily reflect our editorial stance. Any risks from the comments posted to the account owner's own responsibility.