-->
Hot!

Other News

More news for your entertainment




Shell mohon maaf akui tersilap kemaskini harga minyak.

Petikan dari MiloSuam
SYARIKAT minyak Shell melalui akaun Facebook rasminya hari ini memohon maaf dan mengakui bahawa pihaknya tersilap meletakkan harga minyak terlalu mahal dan meminta orang ramai yang sudah terbayar lebih untuk datang semula ke stesen minyak berkaitan untuk mendapatkan semula pulangan lebihan bayaran.
Laman facebook Shell hari ini mengakui terdapat 160 transaksi pelanggan yang terjejas sekitar jam 12.01AM hingga 01:30AM — 18 Mei 2017 (pagi tadi) akibat kesilapan itu. Shell meminta mereka yang terjejas supaya memeriksa resit pembelian dan datang semula ke stesen minyak untuk menerima pulangan lebihan bayaran.


Orang ramai bagaimanapun dilihat tidak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka segelintirnya meminta agar pihak Shell memberikan pampasan minyak 'full tank' kepada pelanggan-pelanggan yang terjejas.

Sebagai contoh Faizal Nordin mengirimkan komen di laman facebook Shell mempersoalkan bagaimana jika ada pelanggan yang tidak mengambil resit sewaktu mengisi minyak semalam.

"Bagaimana pula yang tak ambil resit? Kena pula sebagai contoh isi di Perlis, dalam perjalanan pulang ke selatan, macam tak berbaloi dengan tol lagi," tulisnya.


Aiden Zai pula menggesa pihak Shell memberikan pampasan minyak 'full tank' kepada pengguna yang terjejas semalam.

"Compensate a full tank petrol instead of reimbursement of the difference!

No sincere at all! Such small mistake also can be done , better hire me to be the QC manager of Malaysia!" Gesanya, dalam kiriman di ruangan komen facebook rasmi Shell.

Orang ramai malam tadi menjadi berang kerana harga minyak petrol yang diisi di banyak lokasi stesen minyak Shell meningkat sebanyak RM2.08 seliter (RON95) dan RM2.36 (RON97) seliter.

Ini menyebabkan mereka beramai-ramai mengirimkan bukti kenaikan harga yang tidak masuk akal itu ke laman sosial Facebook.

Harga petrol Malaysia rupanya naik RM2.00 setiap liter?

Petikan dari MiloSuam


HARGA minyak petrol RON95 dan RON97 yang sepatutnya hanya naik masing-masing sebanyak 7 sen bagi setiap liter iaitu kepada harga RM2.08 (RON95) dan RM2.36 (RON97) didakwa telah melonjak sebanyak dua kali ganda (naik RM2.01 untuk RON95 dan RM2.36 bagi RON97 bagi setiap liter).



Perkara itu disedari oleh orang ramai yang telah mengisi minyak petrol sejak semalam. Harga yang dipaparkan pada pam minyak petrol bagi RON95 ialah RM4.09 seliter manakala RON97 pula berharga RM4.65 seliter.


Harga tidak munasabah itu juga turut dipaparkan pada resit pembelian bahan api itu. Orang ramai mengirimkan segala bukti-bukti bergambar berhubung dakwaan tersebut di facebook. Malah ada juga yang menyiarkan bukti dalam bentuk rakaman video.


Di bawah ini rakaman video yang dimaksudkan:

Cuba semak harga sebelum anda mengisi minyak kenderaan anda hari ini. Segelintir pihak mengesyaki pengusaha stesen minyak sengaja 'terlajak' letak harga mahal bagi menampung kerugian yang dialami mereka sejak beberapa minggu lalu akibat tindakan kerajaan menetapkan harga minyak setiap minggu.

Mosti minta orang ramai jangan panik ancaman ‘WannaCry’

Petikan dari Bernama.com


CyberSecurity Malaysia hanya menerima 2 laporan insiden jangkitan ransomware itu, kata menteri.

PUTRAJAYA: Orang ramai diminta supaya tidak panik dengan ancaman serangan “ransomware” “WannaCry” yang kini melanda di seluruh dunia kerana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan ruang siber negara terlindung daripada pelbagai serangan siber.

Menterinya Datuk Seri Madius Tangau berkata setakat ini CyberSecurity Malaysia hanya menerima 2 laporan insiden jangkitan “Wannacry”, iaitu melibatkan institusi pendidikan dan organisasi swasta.

“Kita akui ancaman serangan siber boleh berlaku tetapi dalam hal ini saya minta orang ramai tidak panik dan terus berwaspada. Mosti bersama CyberSecurity Malaysia akan terus pastikan ruang siber negara terlindung daripada apa jua serangan dan ancaman siber,” katanya dalam sidang media mengenai “ransomware” di sini hari ini.

Madius turut menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dan mempercayai mesej atau maklumat yang berlegar menerusi media sosial.

Beliau berkata dakwaan ATM bank akan ditutup akibat “ransomware” dan beberapa hotel di Kuala Lumpur dijangkiti perisian jahat adalah satu penipuan.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas mengenai situasi serangan perisian jahat atau “malicious software” atau “malware” itu yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab di kementeriannya di sini hari ini.

Menurut Madius, “WannaCry” mensasarkan organisasi sama ada kerajaan atau syarikat perniagaan serta pengguna internet individu di mana impaknya pihak yang diserang akan kehilangan sementara atau kekal sesuatu maklumat, data sensitif dan sulit yang menyebabkan gangguan operasi sesebuah organisasi.

Penjenayah siber yang mengunci maklumat atau fail penting akan memeras ugut mangsa dengan sejumlah wang tebusan bagi membolehkan akses semula kepada maklumat serta fail tersebut, katanya.

Ditanya sama ada mangsa perlu membayar wang tebusan yang diminta, Madius berkata: “Jangan terperangkap dan membayar wang yang diminta, tiada jaminan maklumat dan data yang hilang akan dikembalikan kerana kita tidak tahu siapa di sebalik serangan itu”.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan penggunaan komputer secara beretika dengan tidak membuka e-mel yang meragukan selain melaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999 kendalian CyberSecurity Malaysia jika mendapat e-mel yang meragukan.

“Laporan orang ramai amat penting bagi membolehkan Mosti mengkaji trend, corak serangan untuk mencari kaedah penyelesaian dalam menangani Ransomeware Wannacry,” katanya.

Amirudin yang turut hadir dalam sidang media itu berkata ransomware bukan suatu ancaman baharu sebaliknya wujud sejak 1986.

Menurutnya, ia menjadi semakin berleluasa dan wujud dalam pelbagai nama, antaranya “Cryptolocker”, “Cryptowall”, “CBT Locker”, “Teslacrypt” dan “Locky”.

Beliau berkata bagi mengelak rangkaian sistem komputer daripada menjadi mangsa ransomware, pentadbir atau pengguna internet perlu menggunakan tampung (patch) yang dikeluarkan Microsoft iaitu tampung keselamatan MS17-010 untuk versi sistem pengendalian Windows baharu (Windows Vista, Windows 7 hingga 10, Windows Server 2008 hingga 2016).

Sistem komputer juga boleh dilindungi dengan pengguna menggunakan sistem pengendalian Windows lama iaitu Windows XP dan Windows 2003, selain melakukan semakan berkala ke atas maklumat kritikal.

Amirudin berkata kesedaran masyarakat masih rendah mengenai “ransomware” dan kesannya, serta tidak melaporkan kepada CyberSecurity Malaysia apabila komputer mereka dijangkiti virus kerana bimbang maklumat itu akan memberi kesan terhadap perjalanan organisasi dan perniagaan yang dijalankan.

“Mereka sebenarnya tidak peka laporan yang dibuat boleh menyelamatkan maklumat yang hilang, malah kami berpegang kepada konsep kerahsiaan sesuatu laporan,” katanya.

Beliau berkata CyberSecurity Malaysia menangani kira-kira 90,000 aduan sejak 1997 tanpa maklumat didedahkan dan ia dibuat secara percuma.

#SarawakNews : Show us proof on Taib Mahmud, says MACC

Written by: Alfian ZM Tahir | Free Malaysia Today
The MACC wants those with information on the Sarawak chief minister's alleged corrupt practices to talk to them.
PETALING JAYA: The Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) today responded to Bandar Kuching MP Chong Chieng Jen by urging the Sarawak DAP leader to come forward if he has proof that Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud is corrupt.

“We take serious note on the allegations brought forward by Chong related to land acquisition in Sarawak by seven companies linked to the family members of Taib Mahmud.

“It would be very much appreciated if Chong hands us any information with regards to this matter” MACC said in a press statement.

The MACC then mentioned that they have never delayed any investigation on the Sarawak Chief Minister and added that they need time to investigate the matter thoroughly as various people are involved directly and indirectly in this particular case.

“This is not the first case, we have had cases involving former Kelantan mentri besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat and Selangor MB Khalid Ibrahim which took us considerable period of time” MACC added.

The anti corruption agency also stressed that it was important for all parties to cooperate in order for them to carry out their duty.
Yesterday Chong had claimed that plots of land located in Kuching, Sibu, Miri, Mukah were transacted to Taib’s family between 2000 and 2010.

He claimed that the beneficiary companies included those belonging to Taib’s son Mahmud Abu Bekir, brother Ibrahim Mahmud, daughters Jamilah Hamidah and Hanifah Hajar, daughter-in-law Anisa Hamidah Abdullah, sister Raziah Mahmud and brother-in-law Robert Geneid.

He also said he has not submitted any proof of land corruption to MACC, but pointed out the data can be easily collected through the state’s resource planning office, land office and registrar of companies.

Opposition members also claimed that Taib’s family members had obtained 23 parcel of lands worth RM1 billion at RM200 million.