-->
Hot!




PRU-13 Sarawak: Kestabilan politik perlu kekal

Ditulis oleh: Doris Apai | FreeMalaysiaToday
Adalah penting untuk kita mengekalkan kepimpinan yang sedia ada dan menolak kehadiran pembangkang, kata calon Parlimen Petra Jaya, Fadillah Yusof.

KUCHING: Kestabilan politik perlu dikekalkan untuk memastikan pelan tranformasi kerajaan berjalan dengan lancar untuk kesejahteraan rakyat Malaysia pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Malaysia, Datuk Haji Fadillah Haji Yusof berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai banyak projek dan perancangan untuk memaju dan membangunkan Malaysia seterusnya mengembangkan ekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Adalah penting untuk kita mengekalkan kepimpinan yang sedia ada dan menolak kehadiran golongan pembangkang yang hanya mahu memecahbelahkan perpaduan yang telah kita kecapi selama ini di Sarawak,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkasnya di majlis Penyampaian Hadiah Kawad Liga Platun Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) Peringkat Negeri di Dewan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Fadillah yang juga Calon BN bagi Parlimen P.194 Petra Jaya berkata, pihak tertentu itu sanggup menggunakan pengaruh luar semata-mata mahu menanamkan benih kebencian di hati rakyat negeri ini dengan menggunakan isu sensitif yang melibatkan agama.

“Mereka ini menggunakan sentimen perkauman dan agama untuk membuatkan rakyat kita bertelagah sesama sendiri serta melakarkan imej buruk kerajaan dalam pemikiran kita,” ujarnya.

Sehubungan itu, peranan anggota RELA  perlu dimanfaatkan dalam usaha menjaga kestabilan dan keamanan negara daripada pengaruh luar yang cuba mencabar kedaulatan dan kepimpinan kerajaan.

“Kewujudan pasukan RELA telah banyak membantu mengekang segala bentuk perpecahan daripada berlaku agar penduduk dapat hidup dalam keadaan aman dan harmonis.

“Menerusi keamanan dan kestabilan politik, barulah pelan pembangunan dapat dilaksana tanpa ada gangguan seterusnya boleh menarik banyak pelabur asing untuk meningkatkan ekonomi negara,” jelasnya.

Subsidi
Sementara itu di SEBAYU, calon BN di Parlimen P.201 Batang Lupar, Datuk Hajah Rohani Abdul Karim berkata, kerajaan BN sanggup menyediaka peruntukan berbilion-bilion ringgit semata-mata untuk memberi subsidi terhadap pelbagai barangan keperluan terutama barangan yang harganya terkawal.

Katanya, jika kerajaan tidak menyediakan subsidi bagi pelbagai barangan keperluan seperti gula, tepung gandum, minyak, petrol RON95, diesel dan gas pasti rakyat sebagai pengguna akan membeli harga barangan keperluan itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga yang digunakan pada masa ini.

Oleh yang demikian, katanya, tiada timbul harga barangan keperlu di Negara ini tinggi atau mahal, malah harga bagi setiap barangan keperluan di negara ini lebih rendah daripada harga barangan di beberapa negara lain.

“Saya berharap agar rakyat di negeri ini tidak mudah terkeliru dengan hasutan pihak pembangkang yang mendakwa kononnya harga barang keperluan sentiasa naik selama BN memerintah.

“Dakwaan itu adalah tidak benar sebalik harga barangan keperluan di negara ini lebih rendah dan berpatutan daripada harga barangan di negara lain,” katanya.

0 Comments:

Post a Comment

WARNING:
Ngiga Insur is not responsible for the comments raised through this social networking site. It is the personal opinion of the owners of the account and do not necessarily reflect our editorial stance. Any risks from the comments posted to the account owner's own responsibility.