-->
Hot!




Sarawak News: Masyarakat Dayak sudah matang berpolitik

Anonymous
Ditulis oleh: Doris Apai | Free Malaysia Today
Ini terbukti apabila Parti Rakyat Sarawak berjaya mempertahankan kesemua enam buah kerusi parlimen milik mereka.

KUCHING: Ahli perniagaan Donald Lawan akur pengundi dalam kalangan masyarakat Dayak kini sudah matang berpolitik seperti yang terpancar dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, masyarakat Dayak di Sarawak juga telah membuktikan kesetiaan mereka terhadap BN pada PRU13.

Salah satu buktinya ialah apabila Parti Rakyat Sarawak (PRS) berjaya mempertahankan kesemua enam buah kerusi parlimen milik mereka yang dipertandingkan pada PRU-13.

Lawan, calon Bebas turut mengumumkan persaraannya dari terlibat aktif dalam politik dan memilih untuk menumpu perhatian dalam bidang perniagaan.

Lawan, yang mendapat 3,867 undi melawan penyandang kawasan P202 Sri Aman Masir Kujat yang menang dengan perolehan undi 12,168 berkata beliau menerima keputusan rakyat dan tidak menaruh dendam kepada sesiapa.

“Kepada rakyat dalam kawasan P202 Sri Aman, walaupun saya kecewa dengan prestasi saya sendiri, saya dengan rendah diri dan sejujurnya dengan bangganya akur bahawa dalam PRU pemilihan Kerajaan itu yang diutamakan, bukannya personaliti calon.

“Bagi mereka perbezaan peribadi bukan persoalannya. Mereka lebih prihatin akan objektif dan dasar parti yang mereka mahu pilih,” katanya.

Lawan tidak bersetuju dengan komen penganalis politik yang menyatakan pengundi Cina memilih DAP kerana berdasarkan keputusan di Sri Aman menunjukkan pengundi Cina majoritinya memilih calon berketurunan Iban, Nicholas Mujah ak Ason yang mewakili PKR.

Kemenangan calon BN di parlimen Mas Gading membuktikan rakyat tidak terpengaruh dengan propaganda ‘mesra-BN’ yang diuar-uarkan oleh calon bebas.

Timbalan Ketua Publisiti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Datuk Peter Minos berkata kemenangan itu adalah amat bermakna kerana rakyat Mas Gading masih berpihak kepada BN walaupun diasak pelbagai propaganda dan agenda pihak pembangkang serta calon bebas.

“Saya secara peribadi memuji sikap masyarakat Mas Gading yang masih setia bersama BN walaupun sebilangan kecil berpaling tadah,” katanya.

0 Comments:

Post a Comment

WARNING:
Ngiga Insur is not responsible for the comments raised through this social networking site. It is the personal opinion of the owners of the account and do not necessarily reflect our editorial stance. Any risks from the comments posted to the account owner's own responsibility.