-->
Hot!




Shell mohon maaf akui tersilap kemaskini harga minyak.

Petikan dari MiloSuam
SYARIKAT minyak Shell melalui akaun Facebook rasminya hari ini memohon maaf dan mengakui bahawa pihaknya tersilap meletakkan harga minyak terlalu mahal dan meminta orang ramai yang sudah terbayar lebih untuk datang semula ke stesen minyak berkaitan untuk mendapatkan semula pulangan lebihan bayaran.
Laman facebook Shell hari ini mengakui terdapat 160 transaksi pelanggan yang terjejas sekitar jam 12.01AM hingga 01:30AM — 18 Mei 2017 (pagi tadi) akibat kesilapan itu. Shell meminta mereka yang terjejas supaya memeriksa resit pembelian dan datang semula ke stesen minyak untuk menerima pulangan lebihan bayaran.


Orang ramai bagaimanapun dilihat tidak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka segelintirnya meminta agar pihak Shell memberikan pampasan minyak 'full tank' kepada pelanggan-pelanggan yang terjejas.

Sebagai contoh Faizal Nordin mengirimkan komen di laman facebook Shell mempersoalkan bagaimana jika ada pelanggan yang tidak mengambil resit sewaktu mengisi minyak semalam.

"Bagaimana pula yang tak ambil resit? Kena pula sebagai contoh isi di Perlis, dalam perjalanan pulang ke selatan, macam tak berbaloi dengan tol lagi," tulisnya.


Aiden Zai pula menggesa pihak Shell memberikan pampasan minyak 'full tank' kepada pengguna yang terjejas semalam.

"Compensate a full tank petrol instead of reimbursement of the difference!

No sincere at all! Such small mistake also can be done , better hire me to be the QC manager of Malaysia!" Gesanya, dalam kiriman di ruangan komen facebook rasmi Shell.

Orang ramai malam tadi menjadi berang kerana harga minyak petrol yang diisi di banyak lokasi stesen minyak Shell meningkat sebanyak RM2.08 seliter (RON95) dan RM2.36 (RON97) seliter.

Ini menyebabkan mereka beramai-ramai mengirimkan bukti kenaikan harga yang tidak masuk akal itu ke laman sosial Facebook.

0 Comments:

Post a Comment

WARNING:
Ngiga Insur is not responsible for the comments raised through this social networking site. It is the personal opinion of the owners of the account and do not necessarily reflect our editorial stance. Any risks from the comments posted to the account owner's own responsibility.