-->
Hot!

Other News

More news for your entertainment




Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts

#GE13 Final tally: BN 133, Pakatan 89

Written by: FMT Staff | Free Malaysia Today
Pakatan Rakyat says that it would not accept the results, blaming the EC for manipulating the polls to ensure a BN victory.

PETALING JAYA:  Barisan Nasional has formed the federal government by winning 133 out of 222 seats. In 2008, it won 140 seats.

Pakatan Rakyat meanwhile won 89 seats – seven more than their total in 2008.

DAP emerged as the biggest winner among Pakatan parties, romping home to win 38 seats. PKR won 30 seats while PAS brought home 21 seats.

In 2008, PKR was the biggest winner with its 31 seats, followed by DAP (28) and PAS (23).

Their slim defeat in the hands of BN left Pakatan’s bid to capture Putrajaya in tatters although their leaders remain steadfast in not accepting defeat which they came from a manipulated elections aimed at giving victory to the BN.

Earlier, BN managed to form a government with a simple majority by winning 112 seats at 12.50am. At that stage, Pakatan had won 58 seats, with DAP winning 28, PKR 18 and PAS 12.

BN also managed to win back Kedah with a slim majority and Perak by a single seat. It also retained its two thirds in Perlis and Sabah.

The coalition also retained power in Negeri Sembilan, Malacca, Johor, Pahang and Terengganu with Pakatan giving a good show in all these states.

Pakatan meanwhile had a massive win in Penang and made bigger grounds to retain Selangor. It also managed to offset the onslought from BN to keep Kelantan.

Documentary evidence
Speaking at a press conference early this morning, Prime Minister Najib Tun Razak hailed Barisan Nasional’s victory and called for a ‘time of national reconciliation’.

The prime minister praised the conduct of the election, which he described as ‘true, fair and transparent’. He asked Malaysians to accept the will of the people, respect the result and ‘show the world we are a mature democracy’.

Rejecting racial politics during the campaign as ‘unhealthy’, the prime minister called for the adoption of ‘policies that are moderate’, and decried extremism.

Pakatan Rakyat leader Anwar Ibrahim meanwhile said Pakatan would not accept the results unless Election Commission can explain the electoral fraud that happened during polling today.

Speaking at a press conference today, Anwar said that the opposition had documentary evidence of the dubious electoral process which happened throughout they day at various locations.

“My decision stands. It’s not fair to expect me to make a decision in an election which is fraudulent,” he said.

Tempoh kempen PRU13 tamat 11.59 malam esok

Diambil dari: Bernama
Selepas tempoh itu, tiada aktiviti berkempen dibenarkan langsung terutamanya pada hari mengundi, kata SPR.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengingatkan semua parti politik bahawa tempoh berkempen pilihan raya umum ke-13, yang bermula 20 April lepas, akan tamat pada 11.59 malam esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini berkata selepas tempoh itu, tiada aktiviti berkempen dibenarkan langsung terutamanya pada hari mengundi.

Pada Ahad ini, katanya SPR akan menguatkuasakan subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang melarang diadakan, memanggil atau mengaturkan sebarang bentuk perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan, hiburan atau memberi ucapan terbuka.

Akta itu juga melarang membekalkan apa-apa alat pembesar suara bagi maksud politik serta melarang membuka pejabat atau barung di dalam bahagian pilihan raya, katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di sini.

“Dalam jarak 50 meter dari sempadan tempat mengundi, adalah dilarang menentukan identiti mana-mana orang yang memasuki sesuatu tempat mengundi, menyemak dalam senarai nama, merayu-rayu atau memujuk supaya orang tidak mengundi serta menunggu atau berdiri di tempat mengundi (tanpa sebab munasabah),” katanya.

Abdul Aziz berkata pada hari itu juga, SPR melarang mana-mana calon atau penyokongnya merayu undi di dalam bahagian pilihan raya dan dalam jarak 50 meter dari sempadan tempat mengundi atau dalam tempat mengundi memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan atau payung yang tertera nama calon, lambang dan simbol parti politik.

Pesalah boleh dipenjara
Bagi kesemua kesalahan itu, katanya pesalah boleh dipenjarakan sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, rumah persendirian yang berada dalam lingkungan jarak 50 meter dari sempadan pusat mengundi juga tidak dibenarkan untuk dijadikan tempat berkumpul dan meraih undi.

“Pejabat parti dalam kawasan 50 meter (sedia ada) dibenarkan beroperasi tetapi tidak boleh digunakan sebagai tempat meraih undi,” katanya.
Abdul Aziz turut mengingatkan pelbagai pihak supaya tidak menjual, menawar atau membeli kertas undi dan mereka yang berbuat demikian, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka yang disabitkan juga tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai pemilih atau pengundi dalam mana-mana pilihan raya sehingga lima tahun dari tarikh sabitan.

Abdul Aziz juga mengingatkan supaya tidak mengganggu pengundi kerana sesiapa yang berbuat demikian boleh dihukum mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Di bawah perenggan 3(1)(n) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, ia memperuntukkan sesiapa yang menghalang pengundi yang berhak, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

“SPR juga mahu menasihatkan semua pihak iaitu calon-calon, penyokong parti, pekerja parti dan pengundi supaya mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan SPR dan pihak polis bagi memastikan perjalanan PRU ke-13 ini lancar, aman, tenang dan terbaik,” katanya.