-->
Hot!




Sarawak News: SUPP harus terima kekalahan

Ditulis oleh Doris Apai | Free Malaysia Today
Kaum Cina di kawasan bandar menolak SUPP kecuali di Serian yang diwakili Datuk Richard Riot pada PRU13.
KUCHING: Setiap pemimpin cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) digesa untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan perlu turun padang bagi mendengar masalah rakyat terutamanya golongan belia.

Presiden SUPP cawangan Kuching, Datuk Lily Yong berkata, ini bukan masa untuk saling menyalahi satu sama lain akibat kekalahan teruk pada Pilihan Raya Ke-13 (PRU13) baru-baru ini tetapi meneliti setiap masalah yang timbul bagi membolehkan parti itu bermula dari bawah semula.

“PRU13 sudah berakhir dan SUPP kalah di semua kerusi di kawasan majoriti kaum Cina kecuali di kawasan Serian diwakili Datuk Richard Riot.

“Kami menerima keputusan rakyat dengan hati terbuka dan Riot merupakan wakil rakyat yang baik walaupun beliau adalah Bumiputera,” katanya pada sidang media di pejabat SUPP cawangan Kuching di sini semalam.

Lily mengakui kaum Cina di kawasan bandar menolak SUPP dan pihaknya menghormati pemilihan para pengundi yang semakin matang pada masa kini.

“Kita perlu mendengar pandangan daripada kaum Cina mengapa SUPP ditolak. Objektif utama kita pada masa kini ialah menentukan arah tuju untuk generasi muda, ekonomi dan budaya.

“Jika kita mampu menang kembali kerusi tersebut pada masa akan datang, maka SUPP menjadi sebuah parti yang boleh mewakili penduduk di kawasan bandar,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau mengulas ketidakpuasan hati pihak pembangkang dengan keputusan PRU13 yang lebih berpihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Sekiranya mereka tidak berpuas hati, bawa bukti ke mahkamah daripada mengapi-apikan isu tersebut di dalam media.

“Kerajaan BN dan parti pembangkang sama-sama mempunyai tanggungjawab dalam membentuk keharmonian di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum,” ujar beliau.

0 Comments:

Post a Comment

WARNING:
Ngiga Insur is not responsible for the comments raised through this social networking site. It is the personal opinion of the owners of the account and do not necessarily reflect our editorial stance. Any risks from the comments posted to the account owner's own responsibility.