-->
Hot!




James Masing: Kita akan menjadi 'tulah' atau 'busung' (menerima nasib buruk dan pembalasan), jika kita gagal membalas kebaikan orang.

Written by: Dovahkiin | The future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia
Adakah ini cara pemimpin kita bercakap meyakinkan penduduk untuk meraih undi?

Penduduk disajikan dengan ugutan yang tidak logik. Penduduk kampung sering kali menjadi mangsa kegilaan kuasa segelintir orang. Tanpa mengetahui bahawa duit yang digunakan oleh parti pemerintah selama ini adalah duit rakyat sendiri. Duit dari poket mereka sendiri, duit dari poket anak-anak mereka yang berkuli dibandar.

Bagaimana rakyat boleh maju fikirannya khususnya bangsa Iban yang terang terangan dikongkong mindanya dari berkembang dan sering kali menggangap bahawa BN lah Tuhan selama ini.

Memang sangat menyakitkan hati apabila menteri bangsa Iban sendiri tanpa rasa malu mengongkong fikiran bangsanya sendiri demi kepentingan dan kuasa dalam politik. Orang sebegini tidak perlu diberitakan supaya ditolak bulat-bulat oleh rakyat Sarawak.

Bermacam ayat yang keluar dari lidah angkuh menteri ini seperti "Jangan lawan taukey" "Don't bite the hand who feeds you" dan sekarang bercakap pasal ketulahan pula.

Semoga Tuhan memberi pengajaran yang setimpal kepada manusia angkuh ini suatu hari nanti!

0 Comments:

Post a Comment

WARNING:
Ngiga Insur is not responsible for the comments raised through this social networking site. It is the personal opinion of the owners of the account and do not necessarily reflect our editorial stance. Any risks from the comments posted to the account owner's own responsibility.