Setiausaha Agung Umno itu mencatat majoriti 5,438 undi dengan menewaskan Husam Musa dari PAS.
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya
apabila beliau menewaskan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Keputusan rasmi menunjukkan calon Barisan Nasional (BN) Ku Nan mencatat 9,804 undi manakala Husam hanya mendapat 4,366 undi.
Ini bermakna Ku Nan mencatat majoriti 5,438 undi.
Parlimen Putrajaya mempunyai seramai 15,798 pengundi; majoriti terdiri daripada penjawat awam dan golongan kelas menengah.
Sementara untuk kerusi parlimen Shah Alam, keputusan rasmi pada 11.00 malam menunjukkan penyandangnya Khalid Samad menewaskan Zul Noordin dari BN.
Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mencatat sebanyak 48,835 undi manakala Zul Noordin, bekas ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu mendapat 38,084 undi. Khalid menang dengan majoriti 10,751 undi.
Parlimen Shah Alam mempunyai seramai 100,076 pengundi. Ibu negeri Selangor itu merupakan satu kawasan yang padat dengan penduduk kelas menengah.
Keputusan akhir (tidak rasmi) Parlimen P088 Temerloh menunjukkan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) Nasrudin Hassan Tantawi memperolehi 12,123 undi berbanding pencabarnya Datuk Saifuddin Abdullah dari BN mendapat 9,775 undi. Ini bermakna beliau mendapat majoriti 2,348 undi.
Menurut Bernama, BN memenangi 23 kerusi Parlimen setakat 9.30 malam ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, BN berjaya menawan 21 kerusi Parlimen di Sarawak serta masing-masing satu di Putrajaya dan Labuan.
Sementara itu, DAP menang tiga kerusi di Sarawak dan satu di Kuala Lumpur.
0 Comments:
Post a Comment
WARNING:
Ngiga Insur is not responsible for the comments raised through this social networking site. It is the personal opinion of the owners of the account and do not necessarily reflect our editorial stance. Any risks from the comments posted to the account owner's own responsibility.