-->
Hot!




PRU-13: Kedai gunting rambut pun terkena demam PRU

Written by: Zefry Dahalan | Free Malaysia Today
Bukan sahaja di dinding tetapi hampir seluruh cermin utama dalam kedai gunting rambut itu di tampal dengan keratan akhbar.

SEREMBAN:  Fenomena orang ramai mengibarkan bendera parti atau menggantung poster calon kegemaran mereka sebagai tanda sokongan adalah perkara yang agak biasa boleh dilihat ketika musim Pilihan Raya Umum (PRU).

Tetapi berbeza pula dengan seorang tukang gunting rambut di sini, yang menghiasi seluruh kedainya dengan keratan akhbar berita politik.

Bukan sahaja di dinding tetapi hampir seluruh cermin utama dalam kedai gunting rambutnya itu di tampal dengan keratan akhbar cerita mengenai keistimewaan dan kelebihan Pakatan Rakyat (Pakatan) berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mohd Liza Azme, 43, yang memiliki Kedai Gunting Rambut Tunas di Center Point Shopping Complex, Seremban, ketika ditemui berkata setiap kali menjelang pilihan raya dia akan berbuat demikian bagi menunjukkan sokongan sekaligus membantu Pakatan khususnya parti PAS berkempen.

“Pada tahun ini, ia merupakan kali ke empat saya berbuat demikian (menampal keratan akhbar), sejak mula menjalankan perniagaan ini 18 tahun lalu.

“Banyak cerita yang bersumberkan daripada akbar tempatan seperti Sinar Harian, Harakah, akhbar Keadilan, dan beberapa sumber lain digunting untuk ditampalkan di seluruh kedai saya ini.

“Motif saya, apabila pelanggan datang, mereka boleh membaca setiap artikel yang ditampal sementara menunggu giliran menggunting rambut,” katanya.

Liza yang mempunyai tiga orang pekerja itu, turut memberi baju parti kepada semua pekerjanya dan wajib pakai pakaian tersebut selama tempoh 15 hari berkempen.

Tambahnya, walau pun kedai dia dipenuhi cerita dan artikel mengenai parti pembangkang, namun sehingga kini rezekinya berjalan seperti biasa.

“Setiap hari kedai saya ada pelanggan, walau pun yang datang itu adalah mereka yang pro BN, tetapi itu semua tidak menjadi masalah kerana kita masing-masing akan hormat pandangan tersendiri,” kata Mohd Liza.

0 Comments:

Post a Comment

WARNING:
Ngiga Insur is not responsible for the comments raised through this social networking site. It is the personal opinion of the owners of the account and do not necessarily reflect our editorial stance. Any risks from the comments posted to the account owner's own responsibility.