-->
Hot!




Sarawak News: Hubungan HSBC-pembalak S'wak jadi perhatian

Diambil dari MalaysiaKini
Global Witness hari ini melancarkan beberapa kempen video bagi menekan gergasi perbankan global HSBC kerana berurusan dengan syarikat pembalakan yang beroperasi di hutan Sarawak.


Video empat minit ala mockumentary (dokumentari berbentuk satira) yang dibintangi oleh William Edgar Oddie itu menceritakan bagaimanapun HSBC - berlawanan dengan dasarnya sendiri - mendanai syarikat yang melanggar piawaian standard perhutanan antarabangsa.

Video itu menjadikan kajian Global Witness, NGO hak asasi antarabangsa, yang pada tahun lalu melancarkan laporan mengutuk HSBC kerana menyokong secara kewangan tujuh syarikat di Sarawak.

Jurucakap Global Witnes berkata, dasar HSBC mensyaratkan pelanggannya memenuhi 70 peratus operasi yang diperaku oleh Forestry Stewardship Council (FSC) - badan antarabangsa tidak bermotif keuntungan yang membuat perakuan bebas aktiviti pembalakan dan produk perhutanan - atau menyamai standard setara sehingga 2009.

"Tiada satu pun perakuan FSC atau perakuan setara dengannya di Sarawak, yang mana kita dan pihak lain menganggapnya sebagai 100 peratus gagal mematuhinya," kata jurucakap itu.

[Baca berita penuh]

0 Comments:

Post a Comment

WARNING:
Ngiga Insur is not responsible for the comments raised through this social networking site. It is the personal opinion of the owners of the account and do not necessarily reflect our editorial stance. Any risks from the comments posted to the account owner's own responsibility.