-->
Hot!




Sarawak News: Dayak hilang NCR jika tidak undi BN

Ditulis oleh: by Watt Zacchaeus | TheBorneoPost
TURUN PADANG: Masing (tiga kiri), Aaron (dua kiri) pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Nanga Ngungun, Kanowit, semalam.
KANOWIT: Masyarakat Dayak akan kehilangan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) jika mereka tidak mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri James Masing berkata ini kerana tiada tanah NCR dilabelkan jika pembangkang membentuk kerajaan baharu dan melaksanakan konsep ‘Malaysian Malaysia’.

“Di bawah konsep Malaysian Malaysia, semua tanah di negara ini yang dimiliki oleh rakyat Malaysia boleh dibeli sesiapa sahaja yang mempunyai wang atau boleh membeli mana-mana tanah.

“Jadi, di mana kaum Dayak akan tinggal jika semua orang yang ada duit boleh membeli tanah mereka dengan sesuka hati.

“Saya berharap kita (Dayak) tidak akan menjadi ‘urang kampar’ (tiada tempat tinggal dalam bahasa Iban) di tanah air kita sendiri,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Sebastian Ko, di Nanga Ngungun di sini, semalam.

Hadir sama calon BN Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang dan isterinya Datin Ping Bungan serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent.

Masing menjelaskan: “PKR berkata mereka berjuang untuk NCR. Tetapi, apa yang mereka perjuangkan sekiranya tiada lagi istilah NCR setelah konsep Malaysian Malaysia ini dilaksanakan.”

Menurutnya, konsep baharu itu (Malaysian Malaysia) juga mengabaikan kaum Bumiputera untuk mendapat peruntukan biasiswa dan pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam.

Sementara itu, beliau menasihati pengundi Iban agar tidak lupa jasa baik kerajaan BN ketika hari mengundi pada 5 Mei depan.

Beliau berkata, masyarakat Iban sentiasa mengamalkan sifat tidak mudah lupa dengan perkara-perkara yang baik dilakukan oleh mereka (BN).

“Kita akan menjadi ‘tulah’ atau ‘busung’ (menerima nasib buruk dan pembalasan) jika kita gagal membalas kebaikan orang lain.

“Dalam perkara ini, anda boleh mengembalikan kebaikan itu dengan mengundi BN pada hari membuang undi minggu depan,” tambahnya.

Mengenai Aaron, Masing menyeru penduduk di Kanowit agar memberi sokongan padu kepadanya kerana beliau telah mendapat sokongan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

0 Comments:

Post a Comment

WARNING:
Ngiga Insur is not responsible for the comments raised through this social networking site. It is the personal opinion of the owners of the account and do not necessarily reflect our editorial stance. Any risks from the comments posted to the account owner's own responsibility.